KERJAYA PEGAWAI POLIS



Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda. 


Bagaimana?

Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 4 cara iaitu, sebagai Konstabel Sokongan, Konstabel, Sarjan dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. 

Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.

Kenaikan Pangkat

Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), www.spa.gov.my mulai 20 Mac 2012.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, www.spa.gov.my.


Inspektor (Lelaki/Wanita)

KLASIFIKASI : Inspektor (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pengurusan dan Profesional
GRED GAJI / JAWATAN : YA13
JADUAL GAJI : RM 2,329.00 - RM 8,883.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 230.00

SYARAT LANTIKAN :
Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor yang dikeluarkan melalui:

i)Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan
Polis DirajaMalaysiarujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan

ii) Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan
Polis DirajaMalaysia DiBawah Sistem Saraan Malaysia rujukan
JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4bertarikh 29 Oktober 2013.

Kelonggaran syarat tambahan yang diperoleh daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.

a) Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.


b)Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);

c) Kelayakan Akademik :

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13];atau

ii) Ijazah Sarjana MudaUndang-undangyang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13];atau

iii) Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukanyang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13];atau

iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinaryang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13];atau

v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13];atau

vi) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13];atau

vii)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadiAhli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13];atau

viii) Ijazah Sarjanayang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13];atau

ix) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Forensik, Matematik atau Perakaunanyang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13];

xii)Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusanyang diiktiraf setaraf dengannyaoleh kerajaan.

d) Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


DESKRIPSI TUGAS:
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.


Sumber:
https://www.rmp.gov.my/orang-awam/skim-perkhidmatan-pdrm/inspektor-(lelaki-wanita)

Ulasan

Unknown berkata…
Banyak maklumat yang saya dapat terima kasih
yuss berkata…
tangan patah masuk besi boleh ke?
Unknown berkata…
Sekarang umir saya 17 thn...tapi berat sy 45 kg..boleh ke
Unknown berkata…
Tinggi sy cuma 150(prmpuan) shj 😭, layak ka tidak arh ? 😅
Unknown berkata…
Kalau jadi Polis bantuan dapat ke Msuk ke sektor Polis diraja malaysia?
Unknown berkata…
Kalau berbadan bongkok boleh mohon polis ke tapi BMI semua okayy
Unknown berkata…
Kalau ijazah perniagaan tak boleh ke
Unknown berkata…
Kalau pakai cermin mata boleh ke, tapi badan semua okay ,saya umur 14 thn tapi semua okay tetapi mata ,boleh ke