KERJAYA DOKTOR PAKAR BEDAH



DEFINISI DOKTOR PAKAR BEDAH

Doktor pakar bedah berfungsi untuk merawat penyakit yang terpaksa dilakukan sekiranya penyakit tersebut tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan yang diberikan. Sesuatu pembedahan yang dijalankan biasanya hanya melibatkan bahagian yang tertentu sahaja dan hanya spesifik kepada keadaan yang khusus. Pakar bedah ialah pakar yang membantu dalam kerja diagnosis yang dilakukan oleh doktor bertauliah sahaja. Pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik di seluruh negara. Bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan, mereka boleh membuka klinik sendiri. Doktor pakar bedah mempunyai bidang-bidang yang tertentu seperti pakar bedah , pakar saraf, pakar telinga, pakar hidung, pakar kerongkong dan lain-lain.



GAJI DOKTOR

Doktor biasa
sektor awam - RM 1884.00 ( gaji permulaan )
sektor swasta - RM 5500.00 ( gaji permulaan )

Doktor pakar 
pakar kanak-kanak - $ 156,000 ( setahun )
pakar radiologi - $ 315,000 ( setahun )
pakar ortopedik - $ 315,000 ( setahun )
pakar cardiologists - $314,000 ( setahun )
pakar anesthesiologists - $ 309,000 ( setahun ) 
internists - $165,000 ( setahun )
pakar psikiatri - $170,000 ( setahun )


SYARAT-SYARAT/KELAYAKAN UNTUK MENCEBURI BIDANG KEDOKTORAN

- Mempunyai ijazah doktor perubatan daripada universiti yang diiktiraf kerajaan. 
universiti malaya ( UM )
universiti kebangsaan malaysia ( UKM )
universiti sains malaysia ( USM )
universiti putra malaysia ( UPM )
universiti malaysia sarawak (UNIMAS )
universiti islam antarabangsa malaysia ( UIAM )

- Tertakluk kepada Medical Act.1971
- Memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional Registration 
- Menjalani latihan amali selama tidak kurang dari 12 bulan di hospital yang diluluskan
- Memohon permohonan penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan 
- Dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah perkhidmatan wajib. 

CIRI-CIRI PERIBADI

Prihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka.
Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah.
Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaannya dalam masalah perubatan.
Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis.
Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan membuat keputusan dalam waktu kecemasan
Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal.
Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya.
Berkemahiran berkomunikasi
Kemahiran dalam kebolehan pengurusan.


KETERANGAN TUGAS

Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaannya. 
Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis
Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis. 
Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas.
Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan.
Mengambil bahagian dalam pembangunan dan perlaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum.
Mengajar penuntut perubatan, penuntut sains kesihatan , pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain.
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan seperti menyelia pekerja lain


PILHAN ALIRAN TINGKATAN 4

Murid yang berminat untuk menceburi bidang kerjaya doktor perlu mengambil aliran sains tulen atau aliran sains tulen agama jika anda dari sekolah menengah agama.

Matapelajaran wajib semasa tingkatan 4 ialah:

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Pendidikan Islam

Antara matapelajaran elektif yang perlu diambil ialah:

1. Matematik Tambahan
2. Sains Tambahan
3. Biologi
4. Kimia
5. Fizik

Matapelajaran elektif Aliran Sains Tulen Agama:

1. Matematik Tambahan
2. Sains Tambahan
3. Biologi
4. Kimia
5. Fizik
6. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
7. Pendidikan Syariah Islamiah
8. Tasawwur Islam
9. Bahasa Arab Tinggi


PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Di Malaysia, semua murid perlu menjalani Ujian Psikometrik untuk mengenal pasti minat dan kecenderungan mereka. Jika seseorang murid mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sains khususnya bidang perubatan, ia boleh dibuktikan melalui Ujian Psikometrik seperti;

1. Memperoleh mata 75% ke atas dalam Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP) untuk item Verbal Lingguistik Bahasa Inggeris diikuti dengan Logik Matematik.

2. Menunjukkan kecenderungan yang tinggi dalam Inventori Minat Kerjaya  (IMK) untuk item Realistik, Investigatif  dan Konvensional. 










Ulasan

Happiness_delight berkata…
Kalau masa T4 dh ambil aliran akaun kemudian dekat U nk ambil bidang kedoktoran boleh ke?
Happiness_delight berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jika ingin ambil bidang kedoktoran, anda mesti dari aliran sains hayat sains tulen iaitu mengambil subjek biologi semasa spm.

sila rujuk sini:
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2015/12/hala-tuju-selepas-pt3-tips-memilih-mata.html

Unknown berkata…
kalau dari UMS (universiti malaysia sabah) ijazah kedoktoran tdk diiktiraf? walaupun mereka ada bidang sains perubatan di universiti tersebut?
Unknown berkata…
Kalau
masa T4 untuk subjek Elektif, sains tambahan x ambik boleh x?
Abby berkata…
Semasa form 5 ambil aliran sains pertanian boleh ke masuk U ambil bahagian kedoktoran? Seperti pakar bedah??
Unknown berkata…
Saya tak ambik subjek biologi tapi bila saya dah nak masuk ALAM UNIVERSITI ,BOLEH TAK SAYA AMBIK BIDANG KEDOKTORAN ? TOLONG JAWAP!
Unknown berkata…
assalamualaikum kalau saya nk masuk asasi sains and i got my chemistry subjet was C+ for spm. adakah saya perlu ambik repeat subjet for chemistry? if i really want to enter science foundation.
Unknown berkata…
jika saya masuk matrikulasi selama setahun dan selepas itu saya apply untuk buat pemohonan UPU . adakah semasa membuat pemohonan UPU dalam bidang kedoktoran masih lagi dikira lg keputusan spm kemasukan tersebut. Ataupon ia hnya menggunakan gred pointer matrikulasi utk kemasukan UPU
. boleh jelaskan???
Unknown berkata…
boleh ke kalau T4 ni tak amik subjek biologi.cuma fizik , kimia and addmath. boleh jadi pakar bedah juga ke ?
Wawa berkata…
Saya skrg form 5. Ambil aliran pure science. Saya mmg minat untuk menjadi seorang cardiologist since form 3. So saya kena ambil degree dalam perubatan after diploma is it? Maksud saya, bukan ke perubatan ni ada specific bidang?(saya tak tahu which one hmm) ke mmg degree in medicine je??
hisyambujang berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
kalau mmg masa tingkatan 4 ckgu dah masukkan kelas sastera bole ke? kls tu x de add math,fizik,kimia,biologi and acc.?
Unknown berkata…
Yg tanye ni tolong la guna otak sikit.....Klau nk jdi doktor...x kesah ape2 pon....subjek yg paling wajib is Biology....sbb Kat dlm biology la blajar pasal organ semua...sel,darah and etc....klau amik physics je baik jdi physicians...so,Kat sini Saya nk tekankan yg klau nk jadi doktor wajib untuk amik Biology



mzarimi berkata…
Lupakan bidang perubatan jika anda tidak serius dalam subjek biologi. Kenapa tiba-tiba nak jadi doktor? Sb gaji mahal ke. Anda silap banyak.
Unknown berkata…
Yang tanya2 ni pun alahaii, dah Tau Tak ambil aliran sains, xpatah gatal2 nk ambil doktor Lah, basic pun xde, Ada hati nk jd Doktor, jd Doktor bukan sebb minat pun,padahal pikir nk gaji besar je
anonymous berkata…
tapi kalau tk ambil addmath masih boleh tk masuk medical
Unknown berkata…
Apa kelayakan minimum yg prlu saya Ada untuk menjadi doctor bedah, tkkn nak straight A jerr..tlong jwb plsssss..and takpe ke klw fail addmath and physics?
Unknown berkata…
saya baru tingkatan 1 saya sangat minat dalam bidang doktor bedah...saya harap SPM saya cemerlang (11A)pada 2025 InsyaAllah supaya saya dapat masuk University Of EdinBurgh...saya pegang janji saya AMIN...assalamualaikum...
Unknown berkata…
eum, subjek apa yg dpt kelulusan untuk belajar aliran sains tulen?
Unknown berkata…
" eum, subjek apa yg dpt kelulusan untuk belajar aliran sains tulen? "

subjek teras wajib cemerlang semasa form 3, iaitu bm,bi,math, dan sains.
Unknown berkata…
Hello sy berminat nak jadi pakar bedah jantung. Atleast biology sy gred berapa?
z berkata…
salahlah kiraan gaji permulaan doktor kerajaan tu....housemanship pun untuk 2023 ni pun boleh dpt 4400 bersih sebulan ..fakta mna lah penulis ni ambil